[close]

Wednesday 2 June 2010

Resepi Kerabu Telur Asin



Bahan-bahan:

5 biji telur asin – rebus hingga masak
1 biji jus limau nipis
2 labu bawang besar – dihiris
4 tangkai cili padi – dihiris
1 tangkai cili merah – dihiris
1 biji buah tomato – dihiris
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Buang kulit telur asin dan belah dua.
Campurkan telur asin bersama semua bahan dan gaul perlahan-lahan

Resepi Kerabu Jantung Pisang



Bahan - bahan


300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
1 sudu besar kerisik
3 biji cili merah - dihiris
2 sudu kecil air limau nipis
garam & gula pasir secukup rasa

bahan dikisar :

3 sudu besra udang kering
3 ulas bawang merah


Cara membuatnya

1. jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus.
masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. bubuhkan bahan - bahan yang lain. gaulkan
hingga rata.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Pegaga


Resepi Kerabu Pegaga

-sesuai untuk wanita dalam pantang

Bahan-bahan:

1 ikat daun pegaga
15 ml kelapa parut
10 ml ikan bilis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sebiji lada merah (dihiris dan dibuang biji)


Cara Penyediaan:

1. Tumbuk ikan bilis bersama-sama bawang merah dan cili merah.
2. Goreng kelapa parut bersama dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk tanpa minyak sambil dikacau-kacau.
3. Apabila sudah menjadi kekuningan, masukkan daun pegaga dan gaul rata.

Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba

Resepi Kerabu Mangga


Bahan-bahan:


2 sudu besar sos ikan
sedikit belacan
125 ml santan
garam & gula pasir secukup rasa
1 cawan Kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar (jika suka)

Bahan dihiris/sagat :
1 kilo mangga muda
6 ulas bawang merah
2 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
20 biji cili padi
2 batang serai


Cara membuatnya

Satukan mangga dan bahan - bahan yang telah dihiris. Masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata. Taburkan kacang tanah sebelum dihidangkan.

Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday 1 June 2010

Resepi Kerabu Betik (Som Tam)


Bahan-bahan :

1 biji betik muda, hiris memanjang, ketepikan
1 biji mangga muda, hiris memanjang, ketepikan
2 sudu makan kacang goreng – tumbuk kasar.
2-3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu teh gula
1 biji buah tomato, belah 4

Bahan tumbuk :
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada merah/ lada api – tambah lagi jika mahu pedas
1 sudu teh udang kering, rendam air panas sampai kembang

Cara penyediaan :

Tumbuk bawang putih, lada dan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kacang goreng, betik dsn mangga muda. Gaul hingga sekata.
Tuangkan sos ikan, air limau nipis, gula dan tomato
Kacau hingga mesra dan sajikan segera.

KEKUATAN