[close]

Tuesday 23 October 2012

kunci hati ku dibuka oleh seorang hamba allah



Dulu hati ku pernah dikunci untuk semua lelaki …. Dulu hatiku pernah dipermain kan oleh lelaki….dulu aku pernah berjanji pada diri supaya tidak akan menerima semua lamaran lelaki yang inginkan hatiku.. tapi aku berjaga-jaga untuk tidak dipermainkan lagi……dulu aku berjanji untuk membuka kunci hatiku untuk lelaki pada usiaku berumur 22 tahun…. dan juga aku akan membuka kunci hatiku apabila ada seseorang yang dapat meneka empat patah perkataan iaitu kata kunci hati ku…
Aku juga pernah berjanji sekiranya ada seorang hamba allah yang membuka dan menyelesaikan kata kunci itu aku akan menjaganya lebih dari itu. Aku akan jaga perasaan dia , aku akan memahaminya, aku akan menjaga solatnya, aku akan bagi kata2 semangat kepadanya dan aku tak nak jadi seperti perempuan yang lain yang munkin bercinta menggunakannya dengan emosi. Aku tak akan gunakan emosi yang terlampau untuk menjaganya . tapi aku akan guna cinta ku sebaik yang munkin cintaku kepada hamba allah, cinta kepada allah, juga cintaku kepada rasulullah, tak lupa juga cintaku pada keluarga. Abu nasir as-sarraj berkata “sesungguhnya orang yang bercinta akan taat kepada orang yang dicintainya” kecintaan disini termasuklah cinta seorang makhluk kepada tuhannya. Dia akan mentaati sepenuhnya perintah tuhan tanpa mempersoalkannya. Suami isteri yang saling mencintai juga begitu. Hayatilah cinta rasulullah dan sayidatina khadijah r.a tidak kira siapa yang berada dihadapannya, rasulullah tetap akan mengenangkan khadijah dan menceritakan kisahnya kepada mereka sabda nabi     “ sesungguhnya allah telah menanamkan rasa mahabbah didalam kalbuku terhadap khadijah”.
Pada suatu malam yang bertarikhkan 3.9.2012 datang seorang hamba allah yang menghantar sms untuk berkenalan lebih dekat . sebelum sms itu di send, aku pernah reply chating di facebook orang yang sama yang ingin berkenalan dengan aku. Dia pernah meminta numbor telefon aku dan aku beri kerana dia ikhlas untuk berkawan dengan aku. Dan pada hari itu hamba allah ini ingin membuka kunci hati ku. Dan dia Berjaya membuka hatiku semula untuknya. Aku menerimanya kerana allah . dan aku akan jadikan cinta ini cinta yang akan sentiasa mengingatkan  dan dekat pada allah swt.
Hamba allah ini seorang yang penyayang. Aku Nampak semua itu  bila dia ceritakan tentang haiwan perliharaannya iaitu kucing. Jarang lelaki yang sukakan kucing. Dia pernah berkata yang dia ni seorang yang panas baran tapi aku masih tak Nampak lagi kepanasannya munkin tak lama nanti aku akan tahu sendiri macam mana sifatnya . hamba allah ini tinggal di alamat No,57 blok F Taman Sri Ara Jalan Siputeh 32800 Parit Perak Darul Ridzuan.
 cakap pasal perak teringat masa di pulau pangkor bercuti bersama tok, tokwan, adik beradik juga saudara mara yang ikut bersama, seronok sangat, tapi perasan itu sekejap sahaja kerana mak n abah x ikut sekali L.
Hamba allah ini sukakan warna biru dan putih yang melambangkan perpaduan juga kesucian. Kegemaran makanan dan minumannya adalah nasi lauk ayam , nasi goreng pataya, air teh ais dan milo ais.  Dia suka nasyid sama seperti aku ,senarai lagu dan kumpulan nasyid yang dia suka adalah:
                Nama lagu nasyid yang dia suka:
1.       Doa persahabatan
2.       Kau sahabat kau teman
3.       Balqis
4.       Menanti barzakh
5.       Teman sejati
6.       Insyaallah
7.       Always be there
8.       Sumaiyah
9.       Barakallah
10.   The chosen one
11.   Taubat seorang hamba

Kumpulan nasyid yang disukai adalah:

1.       Inteam
2.       Hijjaz
3.       Unic
4.       Maher zain
5.       Brother
6.       Rap altimets
7.       Zizan molique
Apa yang aku suka kepada hamba allah ini adalah dia selalu menerima apa yang aku nasihatkan . “sesungguhnya orang yang berakal ialah orang yang suka menerima dan meminta nasihat ”(sayidina umur) . Allah telah berfirman” katakanlah (wahai Muhammad) tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu oleh itu bertakwalah kepada allah wahai orang2 yang berakal fikiran supaya kamu Berjaya”(al-maidah 5:100).
Kebetulan pula bila tarikh lahirnya 10 hari berbeza dengan aku . tarikh lahirnya 16.08.1994 dan tarikh lahir aku pula 26.08.1994.  “manusia yang hidupnya untuk  dirinya sendiri , usianya amatlah pendek. Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut. Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan , usianya panjang , sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari diciptanya adam dan berakhirnya ketika dia memusnahkan alam.” Sayyid qutb 
Bagaimana cara untuk mengawal nafsu? Jawabnya adalah dengan menggunakan akal fikiran yang dipimpin oleh al-Quran dan as-sunnah. Sebab itu, manusia yang mengikut al-Quran dan as-sunnah, adalah manusia yang berusaha mengawal nafsunya. Apabila mereka telah Berjaya mengawal nafsu, ketika itulah mereka akan menjadi seorang manusia yang baik.
Setiap waktu subuh aku akan bangun. Aku bangun bukan berniat untuk kejutnya tapi aku bangun kerana Allah untuk menjalankan perintahnya dan aku tak akan masuk syurga berseorangan tapi aku ingin membawa orang yang aku sayang termasuklah keluarga aku agar dapat ikut sekali ke syurga bersamaku. dan aku akan kejutkan hamba allah ini untuk bangun solat subuh melalui satu panggilan. Mungkin dengan cara ini aku akan terlatih untuk menjadi isteri yang soleha yang mengejutkan suaminya untuk solat subuh. “sesiapa yang mengerjakan solat isyak secara berjemaah maka ia seperti bangun setengah malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah maka ia seperti solat malam seluruhnya.”
Setiap hari jumaat aku akan menghantar dalil-dalil melalui sms untuk berkongsi ilmu dengannya. Mungkin orang kata aku ni pelik. Ya memang aku pelik, aku tak suka orang samakan aku dengan perempuan2 yang berada diluar sana. Aku akan buat satu kelainan dalam hidup aku dan hidupnya untuk menjaga perhubungan yang jauh ini. Mungkin aku tak Nampak apa yang dia lakukan disana tapi dengan kepercayaan yang ada pada diri aku yang berfikiran positif dapat mengekalkan hubungan ini dengan lebih lama…insyaallah………  
15.10.2012 hamba allah ini telah berjanji dia berkata ” saya x akan biarkan awak hilang dari hidup saya, saya janji akan jaga hati awak seperti hati saya sendiri,saya x akan biarkan awak kecewa atau sedih, saya sayang awak lebih dari awak tahu dan inilah janji saya kepada kekasih kesayangan saya. Saya janji “ “cinta pada bunga,bunga akan layu, cinta pada manusia, manusia akan mati , tapi cinta pada Allah adalah cinta yang kekal abadi”….insyaallah
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

 Cara nak tambah iman kepada allah. Maka anda perlu perbanyakkan lah bercakap, bercerita, menyampaikan dan berkata tentang kebesaran allah. Allah yang paling berkuasa, allah yang beri rezeki,allah yang menentukan, allah yang paling sempurna, segala kekuatan datang dari allah. Maka iman anda akan bertambah insyaallah…  J
“hai manusia sesungguhnya (allah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 supaya kamu saling kenal-mengenali( dan beramah mesra antara satu sama lain)” sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya allah maha mengetahui lagi mengenal.” (surah al-hujurat 49 ayat 13)
Apabila aku menyatakan bahawa aku ni tiada rupa yang baik… Hamba allah ini menyatakan pandangannya “pada pendapat saya rupa x penting tapi hati budi seorang itu ikhlas dalam setiap perhubungan pandai menjaga agamanya dan bijak menjaga hati orang lain x kira siapa pun termasuk keluarganya.“ dengan kata2 itu aku percaya yang hamba allah ini ikhlas untuk memiliki hati aku.
Mengapa kita sentiasa inginkan orang lain memahami kita sedangkan kita tidak pernah cuba untuk memahami orang lain..?? segalanya pasti bermula dengan diri kita dan bukannya diri orang lain (Khalid al-walid). Jadilah air yang sentiasa mengalir tidak akan terhenti walau apa pun yang menghalang. Air untuk kita adalah iman . maka perkuatkanlah keimanan agar hidup kita terus berjalan dalam ketaatan kepadanya walau ujian datang silih berganti.. kerana di celah2 kesempitan itu dia ada pertolongannya sentiasa ada…..sentiasa ada….sentiasa ada… sentiasa ada… tak terbatas dan tanpa disangka2 oleh diri kita sendiri…bila hati mula yakin ALLAH Maha besar, insyaallah…setiap yang menimpa pasti terasa amat kecil sekali. Maha suci Allah , tuhan sekalian alam..uhibbuki fillah J
Manusia akan mencari tuhan bila hati mereka terasa kekosongan dan tak dapat diisi oleh apa2 jua yang bersifat keduniaan. Kadang lagi diisi dengan keduniaan, lagi terasa kering dan jauh dari sumber kebahagiaan. Orang yang jauh dari sumber kebahagiaan, hari2 dalam hidupnya terasa begitu gelap dan menyesakkan. Buat apa pun serba tak kena. Sehingga dia harus mencipta kebahagiaannya sendiri, yang pastinya tak dapat memberi kebahagiaan hakiki pada diri. Ada yang menyangka dengan keseronokkan dunia dapat membuat jiwa terasa bahagia . hakikatnya sudah tentu tidak. Kebahagiaan hanya dapat kita nikmati bila kita kembali dan merapat kepada pemilik kebahagiaan yang sebenar. Selama mana kita masih jauh dari dia, selagi itu kita tidak pernah tahu dan faham apa makna bahagia.  

KEKUATAN