[close]

Sunday, 18 April 2010

KOMSAS RENYAH


TEMA DAN PERSOALAN

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya secara langsung atau tidak langsung. Tema dapat dikesan selepas sesuatu karya itu selesai dibaca. Manakala, persoalan pula bermakana perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan denagan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam karyanya.

TEMA

Penulis novel Renyah telah mengetengahkan tema tentang kekeluargaan Datuk Dolhi. Keseluruhan novel ini menceritakan tentang kehidupan Datuk Dolhi dan ahli keluarganya. Datuk dolhi telah banyak ditimpa masalah, akibat daripada kerenah-kerenah anak-anaknya. Contohnya, Hasnol dengan masalah rasuahnya, Ilham dengan masalah perjuangan radikalnya,dan Mukhlis dengan kegiatan ajaran sesat yang disertainya. Kesibukan beliau dan Datin Tominah telah menyebabkan anak-anak mereka bertindak di luar kawalan mereka berdua. Hanya Wahi,anak beliau hasil perkahwinannya dengan Mastura yang berjaya dan ingin bergiat dengan bidang perniagaan.

PERSOALAN

Novel Renyah telah memaparkan persoalan tentang perpaduan antara kaum. Contohnya, Datuk Dolhi telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Dolhi-Albert Holding sebagai satu kerjasama untuk memajukan syarikatnya itu. Selain itu, Albert juga berhasrat untuk mewujudkan satu hubungan kekeluargaan dengan beliau dengan cara cuba menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi walaupun hasratnya akhirnya tidak juga tercapai. Selain itu, persoalan tentang strategi-strategi perniagaan juga turut dipaparkan. Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri dan budaya kerja Jepun iaitu Kawalan Mutu Menyeluruh(TQC) telah diterapkan dalam perniagaan Datuk Dolhi.

GAYA BAHASA DAN TEKNIK PLOT

Gaya bahasa merupakan cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana uantuk meyampaikan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya mereka.

1. Dialog
- Jalan-jalan cerita disampaikan melalui dialog. Ia terdapat di sepanjang cerita.

2. Suspens
- Contohnya, pada baris ke-14 pada muka surat 146,bab 14 (Memang…
……………akan berlaga).

3. Kejutan
- Contohnya, pada babak di mana keluarga Albert berbual tentang muslihat
muslihat di sebalik hubungan baik mereka dengan keluarga Datuk Dolhi.
muslihat tersebutang mana, pembaca tidak terfikir pun tentang muslihat
tersebut di awal ceritanya.

4. Imbas kembali
- Contohnya, Datuk Dolhi terkenang tentang kali pertama dia ke negara
Jepun.

5. Metafora
- Filem kenangan. (halaman 3)

6. Personafikasi
- Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)

7. Peribahasa
- Seperti bulan jatuh ke riba. (halaman 181)

8. Sinkof
- Dah & ni. (halaman 196)

9. Bahasa Asing
- Genki desu. (halaman 118)
- Confirm. (halaman 154)

PLOT

Plot merupakan susunan peristiwa dalam sesuatu karya berdasarkan sebab dan akibatnya. Plot mungkin disusun secara kronologi atau sebaliknya.

Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi. Pada permulaan pembaca diperkenalkan dengan keluarga Datuk Dolhi dan perihal kelakuan anak-anaknya yang tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan syarikat ayah mereka. Dalam perkembangan cerita pula , penulis menggambarkan gelagat anak-anak Datuk Dolhi contohnya Hasnol yang kesempitan duit yang sering kali datang meminjam duit dengan Datuk Dolhi yang akhirnya terpaksa menerima rasuah daripada Teengku Munir. Dani pula, sibuk dengan kumpulan muziknya semasa Ilham sibuk menghasut masyarakat Penan untuk menghalang pembalakan di kawasan mereka. Mukhlis pula terpedaya dengan kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan da’wah padahal kumpulan tersebut merupakan kumpulan ajaran sesat. Walau bagaimanapun, Amera pula telah mencapai sedikit kemajuan di mana dia telah dianugerahkan sebagai Pendidik Terbaik pada peringkat negeri. Pada bahagian perumitan pula, Datuk Dolhi telah pergi ke jepun kerana malu dan tertekan dengan tindakan anak-anaknya. Sebagai contoh, Ilahm yang telah mengetuai demonstrasi bagi menghalang pembalakan di Sarawak. Pada klimaks pula, Ilham telah diburu polis lantas melarikan dirinya ke Perancis. Pihak BPR pula bertungkus-lumus memburu Hasnol yang yang didakwa menerima rasuah yang akhirnya tertangkap di lapangan terbang sekembalinya dari London.Dani pula, ditahan kerana terlibat dengan penyalah gunaan najis dadah sementara abangnya Mukhlis hidup melarat dan menjadi kurang siuman. Ketika peleraiaan pula, Datuk Dolhi telah mengikat jamin hasnol dan Dani lalu menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera telah bernikah dengan YB Wahab manakala Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Wahi pula telah pulang ke Malysia bersama dengan isterinya,Yuka . Datuk Dolhi telah mengisytiharkan Wahi sebagai penggantinya dalam Dolhi-Albert Holding. Datuk Dolhi juga bercadang untuk menunuaikan umrah bersama Datin Tominah.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak ialah pelaku dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang dari aspek luaran dan dalaman .

1. Datuk Dolhi
- Ahli korporat berjaya.
- Pemilik Dolhi-Albert Holding.
- Mempunyai 2 orang isteri iaitu, Datin Tominah dan Mastura.
- Bijak menyelesaikan masalah.
- Penyayang.
- Rajin.
- Kurang tegas mendidik anak.

2. Hasnol
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik(PTD).
- Isterinya bernama Linda.
- Tidak tegas.
- Boros.
- Pentingkan imej.

3. Ilham
- Penulis dan Penyair.
- Tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Biadap.
- Pengkhianat Negara.

4. Mukhlis
- Berkelulusan Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat.
- Sedar akan kesilapan diri.
- Terjabak dengan kumpulan ajaran sesat.

5. Dani
- Penyanyi rock.
- Menyalahgunakan dadah.

6. Datin Tominah
- Isteri Datuk Dolhi.
- Pentingkan kecantikan.
- Kurang mendidik anak.
- Kuat cemburu.

7. Albert Lee
- Rakan kongsi Datuk Dolhi.
- Mempunyai 2 orang anak.
- Tidak jujur.
- Penyayang.
- Suka membaca.

8. Wahi
- Berusia 20-an.
- Bijak.
- Amanah .
- Bertanggungjawab.

9. Amera
- Guru.
- Cantik.
- Isteri YB Wahab.
- Komited kepada tugas.

10. Emzita
11. Rozie
12. Raj Hussein
13. Saiful Bahri
14. Hanisah
15. YB Wahab
16. Robert Lee
17. Ustaz Hashim

Nota:10-17 watak-watak sampingan.

LATAR

Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan watak, ruang, masa, tempat,dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.

Latar tempat
- Pejabat Datuk Dolhi
- Rumah Datuk Dolhi
- Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau
- Kelab Mawar
- Teratai inn
- Sarawak
- Tokyo

Latar masa
- Siang
- Malam
- Pagi
- Petang
- Tengah hari

Latar masyarakat
- Masyarakat yang merupakan golongan usahawan
- Masyrakat berilmu dan berpengetahuan
- Masyarakat yang boros dan tamak
- Masyarakat majmuk
- Masyarakat yang berani menegur kesilapan

NILAI MURNI

1. Nilai kasih-sayang.
 Datuk Dolhi dan datin Tominah sangat menyayangi anak-anak mereka kerana mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah anak-anak mereka.

2. Nilai sabar.
 Datuk Dolhi sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang telah mencoteng arang di mukanya.

3. Nilai tanggungjawab.
 Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberi pendidikan dan saraan yang cukup kepada anak-anaknya termasuk Wahi yang tingggal bersama neneknya.

4. Nilai patriotik.
 Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.

5. Nilai rajin.
 Albert rajin membaca buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuannya.
Pengajaran yang dikenal juga sebagai amanat atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

1. Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun mereka sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.

2. Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana terlibat dengan penyalah gunaan dadah.

3. Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi Negara. Sikap ini yang dipaparkan oleh Datuk Dolhi yang menggunakan Limosin Saga untuk menghadiri majlis-majlis rasmi wajar dicontohi masyarakat.

4. Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu bagi memajukan dir dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin membaca buku-buku ilmiah bagi menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.

No comments:

Post a Comment

KEKUATAN