[close]

Sunday, 8 April 2012

bawal masam manis& ikan bungkus daun pisang

15. Bawal Masam Manis

Bahan-bahannya

1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

caranya

  • Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.
  • Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
  • Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

16. Ikan bungkus daun pisang

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-kisar halus
2 ulas bawang putih-kisar halus
3 sm halia-kisar halus
1 batang serai-kisar halus
2 sudu besar cili pes
1 helai daun kunyit-hiris halus
1 keping asam-hiris halus
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

caranya

  • Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)
    dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.
  • Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan ke atas ikan.Gaul rata.
  • Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan ratakan ramuan serta lipat.
  • Bakar di atas arang api sehingga wangi.
  • Hidang panas.

No comments:

Post a Comment

KEKUATAN