[close]

Saturday 1 May 2010

Bermimpi Akan Haiwan

· Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

· Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

· Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

· Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

· Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

· Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

· Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

· Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

· Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

· Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

· Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

· Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

· Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki

· Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

· Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita

· Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

· Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

· Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

· Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana

· Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

· Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

· Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

· Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

· Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

· Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

· Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

· Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

· Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit

· Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

No comments:

Post a Comment

KEKUATAN