3.Ayam Percik Special
Bahan-bahannya
- 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)
Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya
Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat
caranya
Panaskan kuali dan masukkan minyak. - Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa.
- Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
- Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
- Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)
- Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.
No comments:
Post a Comment