[close]

Sunday, 8 April 2012

7. Ayam Panggang Lemak

7. Ayam Panggang Lemak

Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa

caranya

  • Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.
  • Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
    Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
    Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
  • Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
    Setelah kering santan, barulah diangkit.
    *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.
    *Susun dengan taburan sohon goreng.

No comments:

Post a Comment

KEKUATAN