[close]

Saturday 1 May 2010

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian


· Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

· Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

· Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

· Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

· Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

· Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

· Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

· Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

· Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

· Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

· Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

· Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

· Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

· Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

· Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

· Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

· Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

· Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

· Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

· Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

· Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

· Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

· Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

· Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

· Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

· Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

· Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

· Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

· Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

· Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

· Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

· Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

· Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

· Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

· Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

· Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

· Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

· Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

· Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

· Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

· Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

· Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

· Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

· Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

· Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

· Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

· Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

· Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

· Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

· Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

· Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

· Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

· Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

· Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

· Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

· Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

· Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

· Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

· Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

· Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak

· Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

· Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

· Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

No comments:

Post a Comment

KEKUATAN