[close]

Tuesday 30 March 2010

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH



Ada seorang wanita tua yang taat beragama, tetapi suaminya yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajiban agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Wanita itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek,” Asyik Bismillah,Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: “suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan baca-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “ Simpan duit ini. ” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan dia diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dan dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahim.”Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit ke tempat asalnya dan lantas wanita itu dapat menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Sunday 21 March 2010

RUMUSAN


Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang Jalur Lebar Merubah
Hidup Saya ini yang kian menjadi sahabat masyarakat kini. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan jalur lebar ini yang dapat menarik minat ramai orang. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama daripada keluarga semasa menjalankan dan menyelesaikan pertandingan ini dengan sempurna. Nilai kerjasama yang diberi oleh keluarga telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencipta blogspot ini. Sayembara ini juga memberi peluang kepada saya dan pelajar sekolah lain untuk menguasai kemahiran mencipta blogspot dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk sifat
menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali
erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.


"SEBUAH RUMAH & SEBUAH KOMPUTER"



“Maklumat di hujung jari anda dan kuasa maklumat merentasi dunia tanpa sempadan”. Demikianlah antara ungkapan yang sering berlegar dalam kehidupan masa kini. Perubahan drastik dalam arus teknologi maklumat menjadi wahana baru kepada manusia. Kuasa teknologi maklumat mampu menakluki sesebuah wilayah tanpa memerlukan tentera mengangkat senjata atau pertumpahan darah. Dalam menyaingi arus globalisasi yang terlalu pantas itu, rakyat Malaysia juga hendaklah digerakkan daripada sikap buta komputer kepada celik komputer.
Oleh itu, kempen “Sebuah Rumah Sebuah Komputer” seperti yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan sedikit masa dahulu hendaklah disambut dengan perasaan positif oleh segenab lapisan rakyat. Hal ini amat relevan dengan masa dan keadaan kerana komputer begitu signifikan dalam arus perdana sekarang. Dalam menangani revolusi maklumat yang amat deras itu, beberapa strategi perlu disusun secara sistematik agar kempen tersebut membuahkan hasil yang lumayan.
Antara faktor utama kempen ini digagaskan termasuklah untuk meningkatkan tahap celik komputer dalam kalangan rakyat Malaysia. Wahana ini begitu penting kerana berdasarkan hasil ujian Asian Microsoft Incorporated mendapati hanya 20% rakyat Malaysia yang celik komputer. Fenomena ini amat tidak sejajar memandangkan Malaysia adalah antara Negara terawal di wilayah Asia Tenggara yang mengambil inisiatif menyediakan pelbagai prasarana teknologi maklumat seperti mewujudkan Koridor Raya Multimedia, Sekolah Bestari, dan kursus-kursus yang berasaskan multimedia sama ada di institusi pendidikan awam atau swasta.
Selain itu, sebagai Negara yang pesat dan pantas membangun dalam sektor sosioekonomi dan politik, rakyat Malaysia tidak sepatutnya masih terperap dalam budaya lesu ”seperti katak di bawah tempurung”. Dengan adanya sebuah komputer di rumah seolah-olah kita sudah menyediakan prasarana untuk membentuk rakyat yang terbuka minda, celik akal, dan celik maklumat dalam arus perdana maklumat tanpa sempadan.
Dalam dunia moden dengan lingkaran maklumat global seperti sekarang, kita sepatutnya lebih pantas melangkah ke depan memajukan Negara dalam semua bidang. Bagi mencapat hasrat itu, rakyat hendaklah dijanakan minda mereka untuk menjadi warga yang berfikir, pintar, kreatif, serta inovatif. Sesungguhnya, maklumat merupakan senjata di barisan hadapan supaya kita lebih bersedia berhadapan dengan apa-apa jua cabaran yang mendatang.
“Jika tidak dipecahkan ruyung di manakan dapat sagunya”. Demikianlah amaran peribahasa bahawa tiada suatu pun yang mampu diperoleh tanpa usaha dan strategi. Kemudahan prasarana dan infrastruktur tanpa ilmu dan kemahiran adalah sia-sia. Selain menyediakan peralatan yang mencukupi, rakyat hendaklah dibekalkan dengan pendidikan teknologi maklumat juga. Oleh itu, pihak sekolah menjadi “kilang” pertama membentuk acuan mahir komputer kepada pelajar.
Sesungguhnya, kempen ini amatlah relevan pada masa dan keperluan masa kini. Kita tidak boleh lagi melangkah surut ke belakang dengan membiarkan arus global ini berlari pantas. Kemajuan Negara kita hendaklah bergerak seiringan dengan kemajuan industri maklumat agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama gagah dengan bangsa-bangsa lain.
Justeru, rakyat Malaysia hendaklah juga diperlengkapkan dengan pelbagai pengetahuan termasuklah kemahiran perkomputeran, ibarat menyediakan senjata canggih kepada semua soldadu sebelum melangkah masuk ke medan juang.

Thursday 18 March 2010

CERITA DISEBALIK SEBELUM MENJADI AHLI BLOGSPOT



Dengan tenang saya menuju ke arah bilik Cikgu Zahri, guru komputer sekolah saya bersama rakan karib saya pada waktu rehat.
Tok, tok! Saya mengetuk pintu bilik komputer.
“Masuk!” Kedengaran suara garau Cikgu Zahri dari dalam ruangannya.
“Assalamualaikum, cikgu.” Saya meluahkan ucapan yang memang sudah menjadi kebiasaan kepada para pelajar di sekolah.
“Cikgu bolehkah saya ikut sayembara mencipta blogspot”
“ Sudah tentu. Kamu tunggu sekejap Cikgu nak ambil borang peraduan itu”
Sambil mencari borang itu Cikgu bertanyakan khabar abang saya. Selepas sahaja menjawab pertanyaan Cikgu dan terus Cikgu menghulurkan borang peraduan itu kapada saya.
“Terima Kasih, Cikgu”saya meluahkan ucapan yang sudah menjadi kebiasaan untuk memupuk Budi Bahasa Budaya Kita.
Selepas sahaja saya keluar daripada bilik komputer Kringggg….kringgg! loceng berbunyi menandakan waktu rehat habis, terus saya masuk ke kelas untuk sambung belajar.
Jam menunjukkan 2.30 petang waktu untuk pulang ke rumah. Selepas sahaja sampai ke rumah saya terus masuk kerumah dan meletakkan beg didalam bilik tidur.
Selepas sahaja saya solat dan makan, saya terus masuk ke bilik tidur untuk mengambil borang itu untuk melengkapkan isi borang itu. Jam menunjukkan 3.30 petang lalu saya terus bersiap ke sekolah untuk menghantar borang itu sebelum terlambat.
Pada waktu malam sesudah sahaja saya menyiapkan kerja sekolah saya terus melayari internet untuk menjadi ahli blogspot dan mencipta blogspot untuk ikut syembara itu.
Impian saya kalau saya menang mendapat nombor satu dalam syembara itu saya ingin menghadiahi kejayaan itu kepada ibubapa yang saya sayangi. Sesungguhnya impian saya tidak tercapai saya akan mencuba sekali lagi pada masa akan datang. Tanpa ada sebarang rasa untuk berputus asa.

PENGHARGAAN JALUR LEBAR MERUBAH HIDUP SAYA



Saya Nur Aina Binti Suhaimi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua Haji Mohamad Azhar Bin Mohamad Ishak,

SMK Chini Timur, kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan pertandingan ini dengan sempurna.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Zahri Bin Mohamed , guru Komputer kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada Encik Suhaimi Bin Mohd Nayan, bapa saya dan Puan NorHasimah Binti Borhan,ibu saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang Pertandingan ini dijalankan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab pertanyaan saya.

OBJEKTIF JALUR LEBAR MERUBAH HIDUP SAYA


Saya telah menyertai pertandingan mencipta blogspot yang bertemakan Jalur Lebar Merubah Hidup Saya. Pertandingan ini merangkumi objektif-objektif

Berikutnya ialah Mengenal pasti sumber-sumber internet yang sahih

Dengan cara Blogspot ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti

sumber-sumber internet yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Menambah pengetahuan tentang menggunakan internet untuk mencari maklumat yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air.Cara ini dapat menambah pengetahuan saya tentang semua maklumat yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Cara ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya internet di negara kita kerana ianya dapat mencari maklumat untuk mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan

dikalangan rakyat Malaysia. Mengambil iktibar daripada internet yang berlaku pada masa sekarang. Dengan membuat blogspot ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebaliknya. Misalnya seperti masalah di kalangan remaja, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri

setiap individu. Menanam semangat patriotisme di dalam diri

Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan

juga kalangan generasi muda melalui layari internet ini. Saya juga dapat mendisiplinkan diri saya sebagai seorang pelajar dan rakyat Malaysia.

KEKUATAN